Life

Kehidupan di dunia, di alam realiti dan nyata ini tidak seindah seperti di dalam novel dan drama yang selalunya di pengakhiran cerita adalah yang positif atau bahagia. Biasa dia pengakhiran cerita atau novel adalah "happily ever after" or "bahagia selama-lamanya". Ramai manusia yang mengharap kisah hidup mereka seperti dalam novel dan drama. Kehidupan kita mempunyai liku-likuan yang sungguh menyakitkan dan menderitakan.

Kehidupan seorang gadis remaja ini amat menyeksakan baginya namun dia sedar akan kehadiran orang-orang yang selalu ada ketika dia jatuh dan susah. Selalu menyokong dia, selalu memberi dia nasihat dan tidak jemu. Dengan kehadiran orang-orang ini, dia tidak mudah jatuh. Walaupun jatuh, akan bangun dengan orang-orang di sekelilingnya dengan kuat dan tabah menghadapi dugaan dan ujian daripada-Nya.


Sebab aku tahu macam mana sakitnya kalau orang keluar atau pergi dari hidup kita. Sebab itulah aku sanggup tahan dan pendam sakit ini. Betul orang kata, Allah hantar someone dalam hidup kita atas dua sebab. Sama ada jodoh atau ujian. Tapi yang aku dapat hanyalah ujian. Alhamdulillah aku cuba hadapinya dengan tabah dan kuat.



Ya
Hati ini sakit
Ucapan ditunggu tidak pernah diungkit
Moga diri ini terus tabah
Tanpa minta "permaafan" dari mu


"Terima orang yang sayangkan kita dan orang yang takut kehilangan kita. Bukan terima orang yang kita sayang dan kita takut kehilangan dia" Pesanan dari pakcik tersayang dan mama tercinta. Ya, memang ada orang sebegitu tapi pada awal walaupun kau cuba untuk sombong dan tinggikan ego kau seolah-olah tidak mempedulikan dia. Kita ingat bila kita buat begitu dan dia sanggup tunggu dan sabar, dia betul-betul menyayangi kita tapi tidak.

Setahun dia tunggu dan sabar dengan aku. Aku ingat dia betul-betul sayang aku namun tidak. Semuanya ternampak setelah 3 bulan mula berkenal hati masing-masing.



Hati aku seperti kertas
Perasaan aku seperti pensel
Dengan laju aku mencoret segalanya
Tanpa diketahui yang lain


Lama kelamaan, hati mula tawar dan perasaan sayang mula hilang. Seakan aku tidak mempunyai hati dan perasaan. Dan senyuman ketawaku tidak lekang dari bibir ini seperti "hati ini sedang bahagia". Hati lagi sedih apabila mama menyayanginya seperti anak sendiri namun dia mempunyai sikap yang berlagak sombong.


Kau bawa bersama ceria hariku
Kau tinggalkan senyuman palsu
Berlagak tabah aku teruskan
Hari dengan hati kaku


Kesalahan yang kau buat padaku tidak pernah kau sedari. Namun kesalahan aku, kau suka mencari sehingga aku mengalah dan memohon "maaf" darimu. Namun permaafan dari ku seolah-olah sampah yang kau lakukan.


Sampah saja harus diletakkan pada tempatnya
Apalagi rinduku yang merekah meskipun tak pernah kau anggap kehadirannya.


Aku masih ingat dia awal kau mula cuba untuk mendapatkan aku. Pelbagai janji kau beri, pelbagai benda yang kau lakukan sehingga membuat aku terharu. "Mana pergi semua itu?"

Semuanya sudah berakhir padaku. Aku akan berjalan seorang diri diikuti dengan orang-orang yang sentiasa menyokong aku. Dan perjalanan aku kali ni "tanpa kau".


Pesanan dari mama tercinta: 

Jangan benci orang,
Jangan menyesal kenal dengan seseorang,
They come for a reason,
Either blessing or lesson.


Penghargaan buat kesayangan:


Dengan adanya mama, Suhaili. Yang selalu mendengar keluhan perit ini. Yang boleh membuat aku tersenyum kembali. Cukup membuat aku tabah menghadapi ini semua.

Dengan adanya sahabat, Amir Imran. Yang perwatakannya tak tumpah seperti abang, banyak membuat aku "move on" dari kisah kehidupan aku yang sedih ini.


Dengan adanya kakak, Nur Intan Farahin. Yang selalu cuba memberi sokongan yang membuat aku lebih kuat untuk hadapi ujian ini.


Dengan adanya kawan-kawan perempuan, Nurfarahana & Nur Anis Asyikin. Yang selalu membuat aku ketawa sehingga melupakan segala masalah dan keperitan ini.


Dan dengan adanya kawan-kawan lelaki, Muhd. Hazrul, Daryl Wong Snelson, Ahmad Aqil, Aiman Haziq, Muhd. Syahmi dan Muhd. Fakhri. Yang cuba untuk mengetahui dan berkongsi segala kesedihan dan keperitan ku ini. Walaupun tidak tahu, mereka selalu bagi sokongan yang luar biasa dan membuat diri ini tersenyum. Dan juga memberi nasihat serta membebel seperti orang tua, hahahaha...


Terima kasih ya Allah dengan memberi mereka semua di belakang aku supaya aku menjadi seorang yang tabah dan kuat untuk menghadapi segala ujian ini.


Terima kasih semua dengan sokongan korang yang pelbagai cara. Hilang seorang yang tidak memberi kasih sayang dan sokongan kepada kita tidak merugikan. Kerana ramai yang ingin berkongsi kasih sayang dan memberi sokongan supaya kita tabah dan kuat.



If I had just one more day,
I would tell you how much that I've missed you,
Since you've been away.

It only hurt the more I try to get you....


Thank you. Sekian..